Artikel

IKEA Cheras Umum Penutupan Operasi Kali Kedua – Mengesahkan Terdapat Kes Positif COVID-19

Setelah 25 Januari lalu, IKEA Cheras pada hari ini (19 Februari) sekali lagi memaklumkan penutupan operasinya berikutan pengesanan kes positif COVID-19 dalam kalangan tenaga kerja mereka.

Pemberitahuan itu telah dilakukan menerusi status Facebook rasmi, di mana tempoh pengesanan tersebut membabitkan tarikh bekerja antara 8 Februari hingga 14 Februari 2021.

Sehubungan itu, tindakan lanjut pihak IKEA adalan menutup operasi dan menjalani proses pemantauan kesihatan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Proses sanitasi, pembersihan serta pengesanan kontak rapat yang terlibat akan dilakukan mengikut piawaian KKM. Tindakan keselamatan akan dilakukan dalam kadar segera.

Oleh itu, orang ramai dinasihati kekal memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci serta sanitasi tangan anda.