Artikel

Shopee Wujudkan 300 Lokasi Drop-Off – Peningkatan Infrastruktur Bantu Penuhi Permintaan E-Dagang

Shopee menyedari permintaan penghantaran menerusi platform e-dagang mereka terus meningkat seiring dengan penglibatan peniaga dan pengguna. Maka, bagi memantapkan kaedah penghantaran, kewujudan lebih 300 lokasi drop-off di seluruh negara telah dilakukan.

Usaha itu merangkumi pengenalan 10 lokasi drop-off baharu dari Shopee Xpress beserta kerjasama Parcelhub, MBE. Langkah itu dilihat telah meningkatkan keupayaan kaedah penghantaran dan memudahkan proses perniagaan para peniaga.

Malah perluasan rangkaian gudang, hab dan pusat pengasingan di lebih 50 lokasi strategik juga telah dilaksanakan – langkah ini turut meningkatkan kecekapan penghantaran barangan diseluruh negara, termasuklah bahagian bandar kecil.

Seterusnyan menerusi rangkaian logistik yang telah diperluas, Shopee akan memperkenalkan penghantaran hari berikutnya di Semenanjung Malaysia (kecuali di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu) melalui Shopee Xpress, bersempena kempen 3.3 Jualan Pasar Raya mereka.

Para pengguna boleh melakukan pembelian sebelum jam 12 tengah hari untuk barangan yang bertanda Penghantaran Hari Berikutnya atau “Next-Day Delivery” di Shopee Mart (kecuali Cuti Umum) – namun sekiranya penghantaran tidak dapat dilakukan, pengguna akan menerima baucar Penghantaran Percuma.

Selain itu, pelbagai lagi tawaran menarik turut ditawarkan pada kempen 3.3 Jualan Pasar Raya tersebut. Bagi maklumat lanjut, pengguna boleh layari pada pautan di bawah: