Artikel

Kelulusan Permohonan i-SINAR Akan Diberikan Mulai 8 Mac Ini

Bagi pencarum yang telah melakukan permohonan untuk pengeluaran Akaun 1 i-Sinar – kelulusan akan dilakukan mulai 8 Mac ini.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari ini (18 Februari).

Bagaimanapun, bagi mana-mana permohonan baharu yang iterima setelah tarikh tersebut – kelulusan akan tertakluk pada baki yang sedia ada pada Akaun 1.

Untuk makluman jumlah pengeluaran dan kriteria sebelum ini masih dikekalkan. Ia seperti berikut:

  • 1 – Pencarum yang memiliki simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah pada Akaun 1, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga RM10,000
  • 2 – Pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 dan ke atas, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga 10% pada Akaun 1

Kedua-dua pengeluaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan.

Sebarang maklumat lanjut, ahli pencarum terlibat boleh melayari portal kwsp.gov.my atau hubungi talian 03-89224848 dan 03-89226000.