Pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini (18 Februari) mengumumkan prosedur opserasi standard (SOP) berhubung sektor peruncitan dibawah KPDNHEP. Sektor ini telah dibenarkan beroperasi di seluruh kawasan PKP, PKPB, PKPP.
Penjelasan ini kerana, masih terdapat pihak perniagaan yang keliru akan kebenaran pembukaan operasi mereka – pembukaan ini termasuklah kedai buku dan car boot sales.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri – para peniaga perlu melakukan rujukan pada laman rasmi MKN untuk mengetahui kebenaran pembukaan operasi. Ini kerana terdapat pelbagai senarai perniagaan telah dirumuskan pada portal tersebut.
Sekiranya peniaga tidak membuat rujukan, tindakan ini akan merugikan operasi perniagaan yang telahpun dibenarkan semula.