Artikel

KPT Beri Jaminan – Pelajar Tidak Akan Diarah Pulang, Setelah Tiba Di Kampus Pada 1 Mac Kelak

Jika sebelum ini pada Oktober 2020, terdapat kekeliruan berhubung kemasukan pelajar di kampus institut pengajian dan universiti masing-masing. Ada diantara mereka terpaksa diarah pulang semula ke kediaman keluarga.

Tindakan itu telah mencetuskan persoalan dan kerugian pada kos perjalanan pelajar.

Menyedari keraguan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini (18 Februari) telah memberi jaminan bahawa tindakan kekeliruan dan merugikan kos pengangkutan pelajar – tidak akan berlaku lagi.

Kemasukan para pelajar ke kampus 1 Mac ini akan melalui proses pendaftaran mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Maka difahamkan tiada isu berbangkit berkenaan arahan pulang semula setelah tiba di kampus.

Untuk makluman mulai 1 Mac ini, terdapat 6 kategori pelajar dibenarkan kembali ke kampus semula – ianya terdiri daripada:

  • Kategori 1 – Pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah -yang perlu mengikuti makmal, klinikal, studio, bengkel, penggunaan peralatan khas dan bahagian praktikal
  • Kategori 2 – Pelajar yang tidak memiliki kemudahan serta kelengkapan berhubung pembelajaran secara atas talian – turut dibenarkan daftar ke kampus
  • Kategori 3 – Pelajar Asasi, Diploma
  • Kategori 4 – Semua Pelajar antarabangsa, termasuk pelajar baharu (dikecualikan pelajar United Kingdom)
  • Kategori 5 – Pelajar berperluan khas (OKU)
  • Kategori 6 – Pelajar yang perlu mengikuti peperiksaan bersama badan profesional, antaranbangsa dan MUET