Selaras dengan tagar #BoostGotYou, aplikasi Boost kini tampil dengan beberapa inisiatif untuk memudahkan para pengguna di kala situasi pandemik ini. Langkah itu adalah sebahagian daripada pemahaman Boost ke atas penerapan norma baharu yang dilakukan negara pada ketika ini.
Menerusi pemahaman itu, Boost kin mulai memperkasakan ekosistem pendigitalan dengan menambahkan Lazada Malaysia, McDonalds selaku rakan digital mereka.
Kerjasama ini secara tidak lansung meningkatkan penglibatan dan memperluaskan perkhidmatan digital Boost seperti penerapan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) dapat dilakukan secara talian mahupun di cawangan McDonalds dan aktiviti membeli-belah di platform e-dagang, Lazada pula turut menjadi lebih mudah.
Bersempena kerjasama baharu dengan Lazada Malaysia dan McDonald’s, Boost akan mengadakan Pesta Online sehingga 31 Mac.
Bagi meraikan kerjasama tersebut, sidang maya semalam (18 Februari) Boost telah menawarkan pengguna pada platform Lazada, mulai hari ini (19 Februari) dapat menikmati diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50.
Sementara itu, untuk McDonald’s – penawaran rebat tunai RM5 kini akan diperolehi menerusi perbelanjaan RM25, ia boleh digunakan pada mana-mana cawangan atau pesanan secara talian McDelivery.
Tidak hanya penawaran itu, terdapat pelbagai lagi ganjaran yang turut tersedia kepada seluruh pengguna sepanjang 6 minggu akan datang. Antaranya peluang memenangi peranti pintar iPhone 12 dan pulangan tunai 28%.
Untuk maklumat lanjut boleh layari pada pautan di bawah untuk pemahaman yang lebih terperinci.