Era pandemik COVID-19 telah merencatkan pertumbuhan ekonomi negara, berikutan sekatan dan pengawalan yang dikuatkuasakan. Kini menerusi menerapan dan agihan vaksin yang akan dilakukan tidak lama lagi pada 26 Februari kelak – secara tidak langsung memberikan harapan kepada sektor perniagaan negara.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) penerapan edar bekalan dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu dilihat suatu sentimen yang positif buat sektor perniagaan dan bahagian rantaian bekalan negara.
Langkah agihan itu mampu memacu pemulihan pertumbuhan negara dengan lebih cepat lagi. Ini akan memberi kesan yang baik kepada aktiviti ekonomi negara dan merangsang semula produktiviti negara.
Menurut Datuk Lokman Hakim Ali, Setiausaha Agung MITI melihat tindakan ini akan mendorong peningkatan yang baik pada operais perniagaan serta seluruh industri di Malaysia.
Melalui tanggapan itu aliran pertumbuhan, permintaan dan perbelanjaan negara dapat dipertingkatkan semula.
Setakat ini, untuk fasa pertama bermula 26 Februari kelak – suntikan dos vaksin Pfizer-BioNTech akan diagihkan, menurut MOSTI ia membabitkan 300,000 petugas barisan hadapan dan 200,000 bukan barisan hadapan.
Sementara itu fasa kedua bermula April hingga Ogos 2021 dan suntikan fasa ketiga pula Mei 2021 hingga Februari 2022.