Penggunaan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) kini bukan lagi suatu kaedah asing di Malaysia. Memahami penerapan digitalisasi dapat meningkatkan aliran pertumbuhan – BigPay kini telah memperluaskan rangkaian mereka kepada 7-Eleven, dengan pelancaran tambah nilai menggunakan wang tunai.
Pelancaran perkhidmatan kewangan kepada lebih 2,400 lokasi di 7-Eleven itu, BigPay melihat ini langkah yang baik untuk menyediakan perkhidmatan perbankan digital – memindahkan wang tunai pada akaun BigPay.
Tindakan itu bukan sekadar memudahkan akses tambah nilai BigPay bahkan, ia lebih bersifat kos rendah.
Pengasas BigPay, Salim Dhanani juga melihat langkah ini baik untuk persaingan antara penyedia perkhidmatan perbankan – yang dilihat lebih telus, selamat dan selesa kepada pengguna.