Artikel

Jeff Bezos Masih Lagi Orang Terkaya Di Dunia, Atasi Kekayaan Elon Musk

Ternyata kedudukan Elon Musk selaku individu terkaya di dunia yang telah diumumkan pada 8 Januari 2021, hanyalah bersifat sementara sahaja.

Kedudukan itu telah disandang semula oleh Jeff Bezos, CEO Amazon dengan kekayaan bersih sekitar RM772.12 bilion (AS$191.2 bilion).

Berdasarkan laporan Bloomberg, angka kekayaan Jeff Bezos dilihat melebihi RM3.86 bilion iaitu AS$955 juta berbanding Elon Musk yang sebelum ini mencatatkan kekayaan bersih sekitar RM759.2 bilion (AS$188 bilion).

Penurunan tersebut meliputi kemerosotan saham Tesla sekitar 2.4% pada hari ini, di mana ia mengurangkan kekayaan Elon Musk bernilai RM18.58 bilion (AS$4.6 bilion).