Artikel

Jaminan Vaksin COVID-19 Dorong Sentimen Positif Pada Papan Pelaburan

Jaminan kerajaan terhadap agihan suntikan dos vaksin COVID-19 bermula 26 Februari kelak dilihat tidak sekadar mengembirakan orang awam, petugas barisan hadapan – namun ia turut memberi sentimen yang positif kepada para pelabur.

Menurut Joseph Incalcaterra, Ketua Ekonomi HSBC Global Research – pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu nyata memberi galakkan dan meningkatkan keyakinan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini.

Menerusi pengawalan penularan pandemik, sudah lebih ramai pelabur akan mulai melabur dan mengukuhkan papan pelaburan negara, Bursa Malaysia.

Malah, kenaikan harga minyak dunia juga turut menjadi faktor sokongan berhubung pertumbuhan ekonomi global – ia meliputi kadar kebergantungan pendapatan negara berkaitan petroleum. Ini kerana, penerapan dasar ekonomi terbuka negara akan turut menjadi positif sekiranya pertumbuhan dunia mencorakkan pemulihan.

Pemerhatian itu, tanpa sedar tidak menghalang pertumbuhan negara pada 2021 untuk mencapai sasaran sekitar 6% sehingga 6.5%. Meskipun, penyusutan menyeluruh KDNK 2020 adalah kedua terbesar setelah tahun 1998, tetapi negara masih kekal optimis.