Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Kula Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang kini dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021.
Lanjutan ini berikutan keputusan penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengekangan penularan COVID-19.
Bagaimanapun, menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) sekatan perjalanan melebihi 10 kilometer kini ditamatkan, ia berikutan pembukaan premis perniagaan.
Namun tindakan itu masih tidak membenarkan rakyat negara untuk rentas negeri, daerah.
Makluman lanjut akan dimaklumkan pada hari Khamis, 18 Februari kelak.