Artikel

Zoo Negara Rancang Bangunkan Konsep Zoo Maya, Atasi Penyusutan Dana

Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini melihat konsep kunjungan secara maya perlu dibangunkan bagi memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan seperti biasa.

Melalui idea ini, ia secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada pencinta haiwan untuk terus meneroka Zoo Negara, malah konsep Zoo Maya ini mampu membuka ruang kepada pengunjung di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana menyatakan langkah perancangan itu selaras dengan penguatkuasaan yang sedang dilakukan pihak berkuasa, untuk mengekang penularan yang lebih dari berlaku.

Konsep ini dilihat sebagai inisiatif baharu Zoo Negara bagi meningkatkan lagi perolehan operasi mereka, ini kerana dana operasi dijangka hanya mampu bertahan sehingga Mei 2021 kelak. Maka, penyelesaian dana perlu diatasi dengan segera.

Setakat ini perancangan masih diperingkat penilaian dan semakan berhubung kos serta pembangunannya.