Artikel

Selain Petugas Barisan Hadapan – Ahli Parlimen, ADUN Antara Kumpulan Pertama Menerima Suntikan Vaksin

Hari ini (16 Februari) semua pihak ketahui pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilakukan pada 26 Februari ini. Beberapa rujukan telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung agihan bekalan dos vaksin negara.

Ia meliputi kumpulan pertama yang akan menerima suntikan vaksin. Sudah pasti, petugas barisan hadapan adalah kumpulan yang akan diutamakan – ini kerana kesejahteraan petugas dapat meningkatkan kapasiti kemampuan sektor kesihatan dan keselamatan negara.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dimaklumkan akan menjadi kumpulan fasa pertama yang menerima suntikan vaksin.

Jelas PM Muhyiddin, tindakan itu selari dengan komitmen ahli politik untuk bertemu rakyat dalam menjalankan tugasan mereka. Maka, perkara itu dapat menjamin keselamatan bersama tanpa mengugat tugas kepimpinan negara.