Artikel

Pengguna Kini Boleh Memperbaharui Insurans Kenderaan Melalui Aplikasi Pos Malaysia

Pos Malaysia kini tampil dengan ciri baharu pada aplikasi mereka iaitu perkhidmatan insurans, yang memudahkan para pengguna kenderaan bermotor untuk memperbaharui insurans mereka.

Dengan hanya menyertakan nombor pendaftaran kereta, pengenalan diri MyKad serta maklumat diri – makluman polisi berhubung insurans akan diperolehi menerusi emel pengguna.

Kaedah mudah ini, pengguna dapat melakukan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) pada aplikasi tersebut. Langkah ini secara terus dapat memperkasakan lagi penggunaan nirtunai dalam kalangan pengguna Pos Malaysia.

Penerapan ini dilihat sejajar dengan konsep norma baharu yang telah difahami semua pihak.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi Pos Malaysia di App Store, Google Play bagi menikmati ciri perkhidmatan insurans itu.