Artikel

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Bantu Tingkatkan Pemulihan Ekonomi Negara

Selari dengan slogan baharu – Lindung Diri, Lindung Semua, pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini dilihat merupakah langkah terbesar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Acara yang disempurakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah menyentuh beberapa perkara.

Ia meliputi dasar program imunisasi yang bakal menjadi rujukan kepada pelaksana dan rakyat negara.

Untuk makluman, tidak lama lagi negara akan menerima bekalan dos vaksin Pfizer-BioNTech pada 21 Februari kelak, iini bermakna pelaksanaan program tersebut bakal dilakukan pada 26 Februari kelak.

Terdapat 3 fasa yang telah diselaraskan iaitu Fasa Pertama (26 Februari – April 2021), Fasa Kedua (April – Ogos 2021) dan Fasa Ketiga (Mei – Februari 2022).

Usaha program ini adalah untuk mencapai imuniti kelompok supaya dapat meningkatkan kekebalan ketahanan badan memerangi penularan virus ini.  Tindakan ini penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat beserta sasaran pemulihan pertumbuhan ekonomi negara.

Menerusi penerapan ini akan memberi kesan yang baik kepada pembukaan ekonomi seperti sektor pelancongan – program ini adalah harapan negara.

PM Muhyiddin menegaskan untuk semua pihak tidak berlengah bagi pendaftaran penerimaan suntikan dos pertama dan kedua. Kepekaan semua pihak amat dihargai untuk meningkatkan lagi pelindungan diri semua pihak.

Pada sidang yang sama, kerajaan kini turut melancarkan laman rasmi berhubung Program Imunisasi COVID-19. Ia merangkumi bahagian pendaftaran serta maklumat lanjut pada agihan bekalan dos vaksin dan buku panduan, sila layari pautan di bawah.