Artikel

Sistem Semakan Kelulusan Barangan Elektronik, Elektrik Secara Atas Talian Sedang Dibangunkan – SIRIM

Rentetan trend pembelian barangan secara atas talian meningkat, terdapat beberapa isu berhubung status kelulusan barangan elektronik dan elektrik yang dibeli oleh pengguna.

Menerusi pengamatan itu, SIRIM QAS sedang membangunkan kaedah pemeriksaan kelulusan untuk pengguna ke atas barang elektronik, elektrik yang dibeli secara atas talian.

Langkah pembentukan kaedah ini bertujuan untuk melindungi hak pembelian pengguna – berasaskan harga dan kualiti barangan tersebut dibawah SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Setakat ini semakan kelulusan barangan tersebut hanya tersedia pada aplikasi untuk jualan kedai fizikal sahaja. Usaha pembangunan kaedah sedang dipercepatkan bagi membantu pengguna.

Para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa peka akan kelulusan barangan elektronik, elektrik yang dibeli adalah memenuhi piawaian di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Tindakan itu membabitkan keselamatan pengguna sewaktu penggunaan barangan dilakukan.