Artikel

Sistem PdPR Perlu Diteliti Semula – Bantu Elak Jurang Pendidikan Pelajar Kumpulan B40, Luar Bandar

Sekatan kawalan pergerakan dan peningkatan penularan kes COVID-19 nyata mendorong sistem pendidikan negara ke arah digitalisasi – iaitu menerapkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimanapun tindakan itu tanpa sedar telah meningkatkan jurang pendidikan dalam kalangan pelajar kumpulan B40 dan luar bandar. Di mana, ia memperuntukan penggunaan peranti pintar seperti komputer riba mahupun telefon pintar.

Namun, perkara itu dilihat mampu meningkatkan bebanan kumpulan B40, luar bandar.

Berdasarkan situasi itu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melihat sekiranya sistem trsebut tidak diperbaiki, ia akan merencatkan potensi masa hadapan kumpulan pelajar yang terlibat.

Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – kadar pemberhentian pekerjaan sepanjang PKP ini dilihat jauh lebih tinggi. Maka, perkara itu dapat memberi kesan kepada persediaan isi rumah berpendapatan rendah berhubung peralatan pembelajaran pelajar.

Perkara ini bukan sekadar memberi bebanan kepada ibubapa, guru tetapi para pelajar sendiri. Jika hak pendidikan dinafikan kepada mereka, bagaimana potensi masa hadapan kelak?

Oleh itu, kerajaan khususnya sektor pendidikan negara perlu meneliti dan menyelaraskan kembali sistem PdPR ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi ia mampu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, tidak hanya pada tahun ini tetapi di tahun-tahun yang mendatang.