Artikel

Ekonomi Singapura Mulai Papar Pemulihan – Sasar Prestasi Pertumbuhan 6% Pada 2021

Berbeza dengan negara jiran, ekonomi Singapura kini telah mulai memaparkan pemulihan – berikutan penguncupan yng dicatatkan pada suku keempat tahun 2020 adalah 2.4% berbanding 3.5% yang dijangka sebelum ini.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura, pihaknya masih mengekalkan ramalan pertumbuhan ekonomi pada 2021 di paras 4% hingga 6%.

Sasaran tersebut telah diteliti dengan mengambilkira pelbagai perkembangan sektor ekonomi domestik serta global.

Bagaimanapun, sektor seperti pengangkutan, pelancongan dijangka akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama – disebabkan sekatan perjalanan merangkumi tahap kesihatan di seluruh dunia.

Untuk makluman KDNK Singapura bagi 2020 telah menguncup 5.4% ia adalah penguncupan pertama Singapura sejak 2001 dan dilihat kemelesetan paling teruk sejak negara itu merdeka disebabkan pandemik COVID-19.