Era pandemik COVID-19 telah menjadi antara faktor pemacu kepada penerapan digitalisasi dalam kalangan perniagaan, individu serta beberapa sektor yang lain.
Melihat matlamat negara dalam mengfokuskan penerapan kecerdasan buatan, 5G sebelum era pandemik lagi – Intel Corporation menyasarkan Malaysia antara destinasi yang berpotensi menjadi hab operasi tersebut pada peringkat global. Ini diperkukuhkan lagi menerusi pertumbuhan yang baik Intel bersama kerjasama kerajaan.
Menurut Naib Presiden Korporat Robin Martin pada laporan Bernama mengatakan pemilikan tenaga kerja yang pelbagai, rantai bekalan yang kukuh serta infrastruktur yang baik dapat menyokong lagi sasaran tersebut.
Perkara ini dilihat baik untuk pelaburan dan penglibatan negara pada penerapan digitalisasi dan inovasi teknologi.
Setakat ini, operasi Intel telah memenuhi tuntutan Bekerja Dari Rumah (WFH) dan masih berdaya saing pada pasaran negara. Intel juga telah menyumbang sekitar RM4 juta pada pembangunan bantuan.
Ia merangkumi penyediaan peralatan perlindungan diri, peranti pintar seperti komputer riba, bahan makanan – kepada sekolah, hospital, rumah kebajikan penjara serta isi rumah yang terjejas.