Artikel

Pendaftaran BPR 2021 Kini Dilanjutkan Sehingga 25 Februari, Individu Terjejas Masih Boleh Memohon

Seperti yang umum ketahui, hari ini (15 Februari) seharusnya merupakan hari terakhir permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021). Bagaimanapun, ia telah dilanjutkan sehingga 25 Februari kelak.

Kenyataan ini telah dimaklumkan semalam oleh Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara di mana langkah berkenaan adalah untuk memberi ruang kepada individu yang benar-benar terjejas untuk melakukan permohonan.

Permohonan baharu hanya perlu dilakukan bagi mereka yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional – kumpulan B40, dan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sahaja.

Setakat ini, penyaluran dana BPR 2021 bagi fasa pertama akan dilakukan mulai akhir Februari. Sementara itu, penyaluran dana BPR 2021 fasa kedua pula adalah sekitar awal bulan Mei 2021.

Ini adalah kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diperolehi:

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (tiada anak atau 1 anak) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (memiliki 2 atau lebih anak) – RM1,800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM750
  • Bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah – RM350 

Kriteria lain yang turut layak memohon adalah:

Bagi rakyat Malaysia yang ingin mendaftar boleh layari pautan di bawah.

Sementara itu bagi mengetahui maklumat lanjut dan perincian lain, para pemohon boleh melayari pautan Soalan Lazim BPR 2021 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).