Artikel

RON97 Dan RON95 Naik Sebanyak 3 Sen Seliter Untuk Minggu 13 Februari Sehingga 19 Februari 2021

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengumumkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan untuk tempoh 13 Februari 2021 sehingga 19 Februari 2021 ini.

Minyak Mingguan

Sepanjang minggu ini, ia menyaksikan harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 3 sen seliter.

Dengan peningkatan ini, harga runcit petrol RON97 kini berharga RM2.26 seliter, sementara RON95 pula berharga RM1.96 seliter.

Disamping itu, harga runcit diesel naik sebanyak 4 sen seliter, kepada RM2.15 seliter.