Artikel

Kini Semua Pencarum KWSP Boleh Memohon i-SINAR Tanpa Syarat

Ternyata benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang meneliti pengeluaran tanpa syarat bagi Akaun 1 i-SINAR kepada semua pencarum tidak lama lagi.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul – di mana terdapat beberapa perincian dilakukan oleh pihaknya.

  • Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000

 

  • Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.

Mengulas lanjut – tindakan ini dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung rintihan orang awam.

Bahkan, pengeluaran tanpa syarat ini secara tidak langsung memudahkan para pencarum yang terjejas disebabkan faktor pandemik COVID-19.

Maklumat lanjut berhubung perolehan pengeluaran tersebut hanya akan diketahui pada isnin hadapan.