Artikel

MOF Dijangka Umum Pengeluaran i-SINAR Tanpa Syarat Pada Minggu Hadapan – Laporan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini telah membuka permohonan pengeluaran Akaun 1 i-Sinar bagi 2 kategori iaitu tidak memiliki dokumen sokongan dan memiliki dokumen sokongan sahaja.

Dua kategori ini merangkumi ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan Astro Awani hari ini terdapat sumber mengatakan – pada minggu hadapan Kementerian Kewangan (MOF) akan mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat kepada umum.

Setakat ini difahamkan, jumlah sebenar pengeluaran tersebut masih diteliti.

Pada laporan yang sama turut mengatakan, KWSP kini sedang meneliti tarikan pelaburan bagi menjayakan pengeluaran i-Sinar.

Namun begitu, tiada sebarang pengesahan berhubung maklumat ini dari MOF mahupun KWSP.