Artikel

Hanya 55% Peminjam Memilih Lanjutan Moratorium, Selebihnya Memilih Pengurangan Ansuran – BNM

Setiap peminjam memiliki pilihan tersendiri dalam menguruskan pembayaran serta kewangan mereka. Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Jabatan Perangkaan (DOSM) kini mengatakan hanya 55% peminjam memilih lanjutan moratorium.

Sementara itu, 45% pula memilih untuk mengurangkan kadar ansuran bulanan bagi pembayaran semula.

Gabenor BNM, Nor Shamsiah menyifatkan peminjam tidak menjadikan kaedah moratorium adalah suatu penyelesaian menyeluruh kepada masalah kewangan mereka.

Perbankan melihat situasi ini dapat diatasi dengan menyesuaikan kesukaran peminjam melalui penyaluran bantuan yang lebih baik. Tindakan pihak tertentu yang beranggapan moratorium itu mampu membantu secara menyeluruh adalah tidak tepat.

Ini kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diseimbangkan oleh perbankan – iaitu risiko kedudukan pendeposit dan pemegang saham. Selain itu, ia turut berisiko ke atas permohonan pinjaman baharu dari individu dan perniagaan.

BNM melihat pendekatan lain perlu dibentuk bagi menjamin ekosistem pelaburan negara dapat ditingkatkan. Langkah itu mampu membawa kepada peluang pekerjaan yang lebih besar untuk negara.

Sekiranya terdapat pihak tertentu yang masih mengharapkan kaedah moratorium mampu menyelesaikan masalah – ia berkemungkinan memberi sentimen yang negatif buat pertumbuhan ekonomi Malaysia.