Bermula 10 Februari, kawasan medan selera dan restoran di Hentian Rehat dan rawat (R&R) kini telah dibuka semula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembukaan ini selaras dengan penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dinyatakan oleh kerajaan.
Tindakan ini dilihat dapat memberi kemudahan kepada orang awam yang melalui bahagian lebuh raya. Bagaimanapun, pihak PLUS Malaysia Berhad menegaskan pemtuhan SOP yang tinggi perlu dilaksanakan semua pihak termasuklah para pelanggan. Ia merangkumi kebenaran hanya dua individu sahaja dibenarkan untuk satu meja. Penerapan penjarakan fizikal 1 meter juga turut diingatkan oleh semua pihak.
Pembukaan ini juga meliputi surau dan tandas beroperasi 24 jam.
Pihak PLUS turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa menyemak status tertentu berhubung perjalanan jauh pada aplikasi mereka – tindakan ini dapat melancarkan lagi proses perjalanan pengguna.