Artikel

Pharmaniaga Sedia Tingkatkan Pelaburan, Sekiranya Terdapat Permintaan Tinggi Vaksin COVID-19

Agihan bekalan vaksin adalah antara tumpuan semua pihak ketika ini bagi menangani penularan COVID-19, termasuklah Pharmaniaga yang telah melakukan perjanjian dengan beberapa pembekalan dos vaksin.

Ini merangkumi ketersediaan Pharmaniaga untuk bekalan 2 juta sebulan vaksin CoronaVac yang dibangunkan Sinovac Life Sciences, China kepada rakyat Malaysia. Pihaknya yakin mampu memenuhi permintaan harian tersebut.

Untuk makluman, Pharmaniaga telah memeterai perjanjian pembekalan vaksin COVID-19 sekitar 12 juta dos bekalan vaksin kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Maka, pihaknya berharap proses kelulusan dapat diperolehi dari pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk proses agihan bekalan menjelang April ini.

Sehingga ini, sekitar RM3 juta telah dilakukan bagi meningkatkan kadar kapasiti vaksin – pihaknya juga bersedia untuk meningkatkan pelaburan sekiranya terdapat permintaan pada pembekalan vaksin tersebut.