Syarikat perkhidmatan minyak dan gas bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd kini telah berjaya memperolehi kontrak bahagian penggerudian, kejuruteraan dan pembinaan bernilai sekitar RM1.85 bilion.
Jumlah perolehan tersebut merangkumi penglibatan Sapura Fabrication Sdn Bhd dan Sapura Arab Saudi di bawah kontrak CRPO 59 – Saudi Aramco, iaitu antara pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia.
Kontrak ini meliputi skop tugasan kejuruteraan, fabrikasi – penyediaan keperluan saluran paip dan peralatan, pemasangan, pengangkutan dan beberapa tugasan yang lain pada 3 telaga melibatkan kawasan minyak di Zuluf, Ribyan dan Abu Safah – iaitu di luar persisir Arab Saudi.
Berdasarkan kenyataan, jangkaan kesediaan projek ini adalah menjelang sukur pertama 2022.
Sementara itu, antara kontrak yang turut menyumbang kepada nilai tersebut juga merangkumi perolehan kontrak Chevron Thailand Exploration di Thailand, PTTEP Sarawak di Malaysia, Petronas Carigali luar pesisir Sabah di Malaysia dan kontrak dari Brunei Shell Petroleum di Brunei.