Berikutan trend kenaikan harga minyak dunia dilihat semakin rancak, Kementerian Kewangan kini mengumumkan penetapan had harga siling bagi minyak petrol RON95 dan Diesel.
Penetapan tersebut memperlihatkan RON95 kini pada paras harga siling RM2.05 seliter. Sementara itu, harga siling Diesel pula ditetapkan pada paras RM2.15 seliter.
Had harga siling ini dilihat jauh lebih rendah berbanding penetapan yang sama pada tahun 2019 iaitu RON95 – RM2.08 seliter dan Diesel pula RM2.18 seliter.
Tindakan ini bagi melindungi kesan yang di alami pengguna berhubung peningkatan minyak mentah dunia. Kerajaan turut menyatakan pembukaan beberapa sektor ekonomi turut mendorong kepada kenaikan paras tersebut.
Selain itu, agihan bekalan dos vaksinasi COVID-19 turut merancakkan lagi sentimen harga minyak dunia, menerusi penetapan had harga siling minyak petrol ini – ia dapat membantu pengguna mengurangkan bebanan.
Kenyataan Media YB Menteri Kewangan, @tzafrul_aziz Berkenaan Penetapan Harga Runcit Petrol RON95 & Diesel Berikutan Trend Kenaikan Harga Minyak Dunia. pic.twitter.com/MsQdnup48G
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) February 10, 2021