Artikel

Mulai 11 Februari, Waktu Operasi Tren RapidKL Ditetapkan Sehingga Jam 11 Malam

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari kini telah mendorong perubahan waktu operasi perkhidmatan rel RapidKL, Prasarana. Bermula esok, perkhidmatan tersebut dijangka akan berlangsung pada jam 6 pagi sehingga 11 malam sahaja.

Prasarana Malaysia Berhad turut memaklumkan perubahan pada kekerapan tren yang akan tiba di luar waktu puncak akan berbeza – di mana ia akan dilakukan bagi setiap 15 minit ketibaan tren. Namun ketika waktu puncak tempoh kekerapan ketibaan tren adalah seperti biasa.

Maka, disebabkan itu para pengguna disarankan untuk merancang perjalanan mereka – supaya pengurusan masa pergerakan dapat diatasi.

Perubahan tersebut merangkumi laluan LRT Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Kajang dan Monorel KL.

Pihak Prasarana mengharapkan semua pengguna cakna akan makluman perubahan masa dan kekerapan ketibaan tren tersebut. Selain itu, pengguna juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi garis panduan dengan menjaga kebersihan, pemakaina pelitup muka, penjarakan fizikal serta akses MySejahtera bagi mana-mana lokasi.

Pematuhan yang baik dapat membantu pihak petugas barisan hadapan mengesan penularan yang lebih besar.