Artikel

Sekitar 112 Premis Perniagaan Kini Telah Dikenakan Kompaun – KPDNHEP

Sehingga 7 Februari, sebanyak 112 daripada 357,489 premis perniagaan telah dikenakan kompaun di bawah Akta 342 – Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Ini kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) kini mengingatkan semua pengusaha syarikat untuk memberi kerjasama melaksanakan pematuhan tegas ke atas para pelanggan.

Tindakan peringatan ini susulan, semalam (9 Februari) Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan kebenaran makan di restoran dan pembukaan 17 aktiviti perniagan berkaitan peruncitan mula dilakukan.

Oleh itu, semua pihak yang terlibat diarah untuk tidak menyalahgunakan kebenaran tersebut bagi kepentingan tertentu. Pemantauan secara berkala akan dilakukan oleh pihak berkuasa, dan tindakan denda serta tatatertib akan dilaksanakan sekiranya didapati bersalah.