Artikel

Operasi Kilang Supermax Corp Kini Dihentikan Seketika – Mengesahkan Terdapat Kes Positif COVID-19

Penutupan sementara operasi pengeluar sarung tangan ketiga terbesar di Malaysia itu, telah dilakukan berikutan pengesanan kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang mereka.

Supermax Corp Bhd telah menyatakan kepada Bursa – penutupan sementara kerja-kerja pengeluaran mereka akan dilakukan pada hari ini sehingga 12 Februari.

Tindakan ini bagi melakukan proses pembersihan dan pengesanan – untuk makluman, Supermax telah melakukan ujian saringan ke atas pekerjanya secara berkala.

Menerusi pengamatan mereka, pengesanan kes positif COVId-19 pertama ini disyaki berpunca daripada pihak luar – bagaimanapun, semakan terperinci masih dilakukan.