Umum ketahui paras kadar pengangguran negara ketika ini adalah pada kitaran 4.8% – itu bermakna lebih 760,000 individu kini adalah penganggur di Malaysia. Walaupun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan, kerajaan kekal positif dalam menyasarkan penurunan pada kadar tersebut kepada 3.5% bagi tahun ini, 2021.
Majlis Pekerjaan Negara (NEC) menjangkakan lebih 160,000 peluang pekerjaan baharu akan dibangunkan pada tahun ini. Tindakan sasaran positif ini meliputi penglibatan pelaburan pada pembangunan pekerjaan negara.
Malah penglibatan pemain industri bahagian sektor perkilangan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut dialukan bagi merancakkan lagi peluang pekerjaan kepada warga Malaysia. Khususnya merangkumi penerapan digitalisasi.
Mesyuarat NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri oleh Pengerusi Petronas Tan Sri Ahmad Nizam Salleh, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson dan beberapa pihak lain – telah merangka startegi penawaran peluang pekerjaan baharu yang bersesuaian dengan situasi pandemik semasa.
Setakat ini, antara usaha yang telah dibentang oleh kerajaan adalah menerusi cetusan 200,000 peluang pekerjaan pada platform MyFutureJobs. Bagi individu yang berminat boleh melayari pautan di bawah.