Artikel

Bayaran Kompaun Ke Atas Premis Perkilangan, Pengusaha Syarikat Yang Tidak Mematuhi SOP – Akan Dinaikkan

Pengenaan kompaun atau denda dua kali ganda kepada pengusaha syarikat dan premis perkilangan sedang dilakukan ketika ini. Kenyataan itu menjawab persoalan kepada pertimbangan Majlis Keselamatan negara (MKN) berhubung usul denda yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Dato’ Sri Ismail, sememangnya perundangan negara di bawah Akta 342 telah menetapkan pengenaan kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu dan pengusaha syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi stadard (SOP) bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, ternyata amaun itu dilihat lebih kecil kepada pengusaha syarikat – khususnya premis perkilangan yang masih gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Maka, perkara itu mampu memberi kesan kepada pekerja yang terlibat.

Oleh itu, perbincangan ketika ini telah meminda pengenaan kompaun tersebut di bawah Ordinan Darurat untuk menaikkan denda terhadap pengusaha syarikat yang tidak bertanggungjawab. Malah, tindakan hukuman maksimum juga dikatakan akan menjadi lebih berat serta dinaikkan oleh perundangan negara.

Setakat ini, DS Ismail Sabri tidak memperincikan nilai kenaikan bayaran kompaun tersebut. Menurutnya dalam masa terdekat Jabatan Peguam Negara akan memaklumkan perkara tersebut kepada semua pihak.