Sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju untuk membenarkan orang ramai untuk mula makan di kedai atau restoran. Tetapi, buat masa ini, orang ramai hanya diterhadkan kepada dua orang sahaja untuk satu meja, dan dengan mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter.
Sebelum ini, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai tidak dibenarkan untuk makan di kedai atau restoran. Dengan perubahan ini, ia sekaligus akan memudahkan orang ramai untuk makan di kedai atau restoran pada tempoh PKP ini, selain membolehkan pemilik kedai makan atau restoran untuk menjana pendapatan dengan lebih baik – seumpama ketika PKPB sebelum ini.
Apa pun, anda dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakkan sosial dan lebih memilih untuk membungkus dan makan di rumah, serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.