Artikel

Premis Perniagaan Pakaian, Kosmetik, Fotografi, Alat Permainan – Kini Dibenarkan Beroperasi Oleh MKN

Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan pihak bersetuju membenarkan baki sektor peruncitan di buka untuk beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari ini.

Antara premis perniagaan yang terlibat adalah permis perniagaan seperti:

  • Perniagaan Jualan Pakaian
  • Perniagaan Kosmetik
  • Perniagaan Fotografi
  • Perniagaan Bunga
  • Perniagaan Alat Permainan

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan untuk premis perniagaan pakaian, para pekerja disarankan menyediakan sarung tangan untuk sebarang sentuhan pakaian di kedai fizikal mereka. Tindakan ini bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berlaku.

Malah had kemasukan pengguna dalam sesebuah premis juga perlu dipantau dan diteliti – kegagalan mematuhi SOP mampu mengundang pengenaan denda kepada peniaga.

Langkah ini telah dipersetujui berdasarkan penilaian risiko bersama MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi mengetahui maklumat lanjut berhubung butiran SOP dan senarai baki premis perniagaan, para pengguna boleh merujuk laman MKN dan KPDNHEP untuk rujukan tersebut.