Sidang maya majlis pelancaran aplikasi Selangkah milik kerajaan negeri Selangor ini dilihat telah menyentuh beberapa aspek berhubung pemulihan ekonomi dan penerapan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) melalui – Selangkah BIZ.
Menurut Dato’ Sri Amirudin Shari, tindakan ini bagi memberi kemudahan transaksi kepada semua permis perniagaan, sama ada yang berskala besar mahupun kecil. Malah, budaya norma baharu dilihat menjadi pemacu kepada semua pemain industri ataupun individu untuk mulai menggunakan nirtunai.
Selangor melihat ini suatu inisiatif yang baik untuk dilaksanakan bagi menyeimbangkan dua segmen penting iaitu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Pada segmen Selangkah BIZ ini ia telah menampilkan beberapa ciri menarik seperti Selangkah WALLET – dompet digital, Selangkah PAY – di mana agenda kerajaan adalah untuk memperkasakan penggunaan pembayaran secara nirtunai dengan lebih tinggi.
Sementara itu, antara ciri yang sedang nantikan oleh ramai pihak adalah R.S.V.P. iaitu sebuah ciri menampil Pakej Vaksin COVID-19 pada negeri Selangor. Pakej tersebut merangkumi pembabitan kerajaan negeri dalam pembelian sekitar 5 juta vaksin COVID-19 kepada rakyat yang berkelayakan.