Pengguna Maybank kini boleh melakukan transaksi wang tunai menerusi e-Angpao bersempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Tahun ini, Maybank menyasarkan sekitar 1.7 juta transaksi bakal dicatatkan melalui ciri pembayaran tersebut. Ini bermakna jumlah dari anggaran transaksi tersebut mampu mencapai melebihi RM60 juta.
Peningkatan sasaran bagi tahun 2021 ini dilakukan adalah berikutan kejayaan kempen tahun lalu yang menyaksikan sekitar 840,000 transaksi telah dicatat menggunakan e-Angpao ini.
Maybank melihat kemudahan ciri e-Angpao pada aplikasi MAE Maybank ini mampu menjadi perkhidmatan yang terbaik buat pengguna melakukan transaksi dikala pandemik COVID-19 ini. Ia lebih selamat dan terjamin.
Apa yang lebih menarik, meskipun cara pemberian wang tunai berbeza namun masih mengekalkan adat perayaan Tahun Baru Cina.