Artikel

Pencarum KWSP Kini Boleh Menyemak Semula Status Permohonan i-SINAR

Susulan kekeliruan yang berlaku pada paparan status permohonan pengeluaran i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan semakan semula pada status tersebut boleh dilakukan semula pada hari ini.

Ini kerana, berdasarkan laporan Berita Harian – sejak semalam terdapat kekeliruan di mana pencarum yang disahkan lulus telah mengalami perubahan status keputusan permohonan.

Bagaimanapun, permasalahan teknikal ini telah diatasi dan sekiranya terdapat makluman lanjut berhubung semakan – KWSP akan memaklumkan perkara tersebut.

Selain itu, KWSP turut memaklumkan sekitar RM24 bilion akan disalurkan berdasarkan kelulusan i-Sinar pada tahun ini.

Bagi pengguna yang mengalami perubahan semakan status permohonan i-Sinar, boleh menyemak semula status tersebut.