Artikel

Tiada Caj Yang Dikenakan Pada Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini menyelar dan menafikan spekulasi berhubung pengenaan caj perkhidmatan terhadap permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021).

Jelas pihaknya, permohonan tersebut dapat dilakukan secara percuma dan tiada sebarang caj akan dikenakan. Tindakan penerangan ini susulan LHDN menerima aduan bahawa terdapat pihak yang telah mengenakan caj terhadap pengisian borang permohonan BPR.

Seperti yang umum ketahui permohonan ini telah mula dibuka sejak 15 Januari 2021 dan akan berakhir pada 15 Februari 2021 kelak. Sekitar RM6.5 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan, ini akan memanfaatkan kira-kira 8.1 juta rakyat Malaysia.

Untuk makluman, setiap permohonan yang diterima LHDN secara dalam talian atau secara manual akan dikaji mengikut prosedur yang ditentukan dan tidak ada sebarang lantikan LHDN pada mana-mana pihak untuk memberikan perkhidmatan mengisi borang BPR secara berbayar.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin mendaftar boleh layari pautan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Sementara itu, untuk mengetahui maklumat lanjut Рpara pengguna boleh menyalurkan pertanyaan dan menerima maklum balas menerusi aplikasi BPR, atau menghubungi talian LDHN di 1-800-88-2747 serta HASiL Live Chat.