Artikel

Hong Leong Bank Tawar Kadar Faedah Menarik, Pulangan Tunai e-AngPow Menerusi DuitNow

Sempena kempen Tahun Baru Cina – Renew Together, Prosper Together, Hong Leong Bank (HLB) kini telah melancarkan beberapa penawaran yang menarik kepada seluruh pelanggannya.

Ini meliputi tawaran kadar faedah 2.40% pada simpanan deposit untuk setahun selama 6 bulan, pinjaman peribadi, dan pelan bantuan pembayaran semula.

Tindakan penawaran ini secara jelas menunjukkan sokongan HLB terhadap pelanggan dan perniagaan adalah untuk membantu semula perbelanjaan serta pengurusan kewangan mereka.

Langkah ini merangkumi individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta komuniti korporat yang terjejas. Pelaksanaan kempen ini dilihat mampu meningkatkan lagi sokongan HLB terhadap pengguna aktif mereka.

Apa yang lebih menarik, HLB juga ingin memperkasakan penggunaan perkhidmatan secara digital – pulangan tunai e-AngPow menerusi DuitNow. Di mana, penawaran transaksi perayaan tersebut dapat merebut wang tunai RM150,000 dan 75 pemenang utama akan menerima hadiah tunai RM888.

Sementara itu, 1,050 pemenang lain pula berpeluang nikmati wang harian RM88.