Artikel

KPDNHEP Akan Memohon Kepada MKN Untuk Benarkan Orang Ramai Makan Di Restoran Ketika PKP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini mengatakan mereka akan mengemukakan permohonan kepada MKN dalam masa terdekat supaya membenarkan aktiviti mmakan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh PKP ini.

Buat masa ini, pengguna hanya dibenarkan membungkus atau membuat tempahan makanan sahaja. Tiada aktiviti makan dalam kedai di restoran atau premis dibenarkan.

Sekiranya dibenarkan untuk makan di premis, ia dijangka akan membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis akanan, malah pekerja, serta sesiapa sahaja dalam industri makanan.

Ramai pemilik premis makanan sedia mengadu, dan berjanji akan mematuhi segala prosedur yang disediakan oleh MKN sekiranya aktiviti tersebut dibenarkan.

Pada hari ini, ia dilaporkan sejumlah besar kluster baharu berlaku didalam sektor pembinaan – dan ia masih dibenarkan beroperasi tanpa ditutup.