Top Glove Corporation kini akan menawarkan 9,000 peluang pekerjaan pada tahun ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Ia merangkumi pemerkasaan 2,300 peluang pekerjaan untuk pada bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Langkah ini dilihat baik dalam menangani bebanan kadar pengangguran negara yang sedang meningkat naik. Malah, penawaran tersebut jauh lebih tinggi berbanding tahun 2020 – hanya 7,000 peluang pekerjaan diberikan.
Ini bermakna peningkatan sebanyak 30% telah dilakukan oleh Top Glove bagi menyeimbangkan semula pemulihan pembangunan pekerjaan negara dan menggalakkan penglibatan bakat rakyat negara pada kemahiran TVET.
Untuk makluman, penawaran ini turut meliputi operasi di Klang, Shah Alam, Banting, Kluang, Kota Bharu, Kulim, Ipoh dan Negeri Sembilan.