Artikel

Lanjutan PKP – Dorong Penutupan Sementara Operasi Resorts World Genting

Operasi Resorts World Genting kini akan ditutup buat sementara. Penangguhan ini berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sehingga 18 Fbruari ini.

Berdasarkan makluman pada portal rasmi syarikat tersebut, Genting Malaysia Bhd (GenM) mengatakan semua operasi di RWG tidak beroperasi kecuali perkhidmatan berasaskan resort penting seperti keselamatan, bomba, utiliti dan klinik.

Tempoh pembukaan pusat peranginan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Kenyataan Genting Malaysia mengatakan pihak mereka akan terus memantau keadaan semasa dan akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat info baharu.

Pihaknya menasihati pelanggan untuk mengetahui makluman tersebut pada laman rasmi mereka dan memohon maaf berhubung penutupan sementara operasi ini.

Sebarang maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan di 03-2718 1118 atau emel keĀ [email protected].