Artikel

Hampir Separuh Kumpulan T20 Guna Pengeluaran i-SINAR Untuk Pelaburan Emas, Saham – Laporan

Pengeluaran i-Sinar pada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini dibenarkan adalah untuk membantu rakyat negara terkesan atau mengalami kesukaran wang. Ternyata objektif tersebut telah berubah kepada segelintir kumpulan Teratas 20% (T20) dengan menggunakan wang itu melabur pada emas dan saham.

Tinjauan meliputi 809 responden itu telah dikongsikan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI – mengatakan hampir separuh responden iaitu 47.7% kumpulan T20 negara menggunakan atau akan menggunakan kelayakan mereka pada pengeluaran i-Sinar untuk dijadikan pelaburan.

Rata-rata mereka yang berbuat demikian adalah dalam kalangan berusia 40 tahun hingga 55 tahun. Malah ada diantara mereka sememangnya ingin menggunakan peluang pengeluaran untuk pelaburan

Sementara itu, turut sama dalam dapatan ini adalah kumpulan M40 (31.1%) dan B40 (35.3%). Kebanyakan responden dari dua kumpulan ini pula bagi yang berusia 26-55 tahun mengatakan motif pengeluaran i-Sinar – untuk membayar semula pinjaman disebabkan pendapatan terkesan.

Manakala 48.6% responden juga mengakui menggunakan pengeluaran i-Sinar untuk menampung perbelanjaan barangan keperluan seperti bahan makanan.


Penulis akui, dana KWSP adalah hak kepentingan individu masing-masing. Namun ternyata motif pengeluaran ini telah jauh menyimpang dari agenda sebenar. Pelaburan pada emas dan saham sememangnya sah dan tidak menyalahi undang-undang negara. Tetapi tindakan ini dilihat sesuatu yang kurang wajar diperlakukan bagi kelompok yang seharusnya layak tetapi dinafikan hak mereka.

Pihak KWSP perlu memantau dan meneliti semula tindakan pengeluaran ini, khusus untuk membantu kumpulan yang benar-benar terjejas.