Artikel

Mulai Esok – Kedai Gunting Rambut, Perkhidmatan Cuci Kereta Dan Pasar Malam Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini membenarkan Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut dan Perkhidmatan Cuci Kereta beroperasi mulai esok.

Dato’ Sri Ismail Sabri mengatakan tindakan itu bagi memastikan kelestarian operasi perniagaan dapat dikekalkan menerusi kebenaran tersebut.

Ini adalah masa operasi yang ditetapkan:

  • Pasar Malam – 4:00 petang hingga 10:00 malam
  • Kedai Gunting Rambut – Sehingga 10:00 malam
  • Kedai Cuci Kereta – Sehingga 10:00 malam

Bagaimanapun, pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya didapati sektor yang dibenarkan beroperasi ini tidak mematuhi SOP atau memiliki sebarang kes positif COVID-19, ia akan ditutup serta-merta.

Langkah kebenaran ini dilihat baik untuk kemudahan rakyat negara, di samping itu dapat meningkatkan semula aliran pertumbuhan negara.