Artikel

59% Punca Jangkitan COVID-19 Berlaku Di Tempat Kerja

Seperti yang umum ketahui penularan COVID-19 negara kini masih berada di paras melebihi 3,000 kes catatan harian. Menyingkap kenyataan itu, antara faktor yang mendorong peningkatan penularan tersebut adalah kawasan tempat kerja.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini memaklumkan sekitar 59% punca jangkitan COVID-19 negara adalah berlaku ditempat kerja. Diikuti dengan 19% penularan pula di pusat tahanan. Sementara itu, punca penularan lain adalah di kediaman (14%), di rumah ibadat (5%) dan kes import bersama kumpulan risiko pula adalah 2%.

Peningkatan pada kadar ini jelas mendorong kerajaan untuk memberi peringatan kepada semua pihak supaya sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara perkara lain yang turut ditekankan juga adalah penjagaan kediaman para pekerja dapat dipelihara. Kesesakan penginapan mampu mendorong penularan yang lebih besar. Seharusnya semua pihak sedar akan perkara ini, khususnya pihak majikan dan pengusaha. Sekiranya didapati bersalah – premis terlibat boleh diarahkan tutup serta-merta.