BigPay, kini mengumumkan mereka bakal memperkenalkan sokongan pembayaran DuitNow QR melalui dompet digital mereka menjelang suku kedua 2021 ini.
Dengan integrasi DuitNow QR, ia akan memudahkan pengguna melakukan pembayaran di kedai-kedai yang menerimanya menggunakan hanya satu kod QR. Buat masa ini, sejumlah kedai telah menyokongnya, termasuk dompet digital daripada bank, selain ShopeePay.
DuitNow QR merupakan piawaian kod QR nasional di Malaysia, dan dijangka akan disokong oleh pelbagai dompet digital dalam masa terdekat.
Dengan langkah ini juga, ia akan memudahkan peniaga untuk hanya menggunakan satu paparan kod QR, sementara untuk pengguna pula, mereka boleh menggunakan dompet digital yang digemari oleh mereka.