Artikel

American Airlines Rancang Pemberhentian Pekerja – Sekitar 13,000 Pekerja Terkesan

Tidak hanya sektor penerbangan Malaysia, peringkat global juga turut mengalami kesan yang sama ketika pandemik. Kini, sekitar 13,000 tenaga kerja American Airlines Group akan diberhentikan.

Tindakan pemberhentian ini adalah kali kedua dilakukan, dalam jangka masa 6 bulan.

Menurut syarikat penerbangan antarabangsa itu, keadaan penularan COVID-19 telah merencatkan strategi sektor penerbangan untuk meningkatkan penglibatan pengguna ketika musim panas.

Langkah pemberhentian ini jelas menunjukkan kemerosotan permintaan penerbangan semakin meruncing. Perkara itu turut diperkukuhkan dengan kenyataan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), di mana penerbangan antarabangsa ketika ini sekadar paras 15% sahaja untuk peringkat global.