Jualan kenderaan Proton Holdings bagi Januari 2021 kini telah memaparkan penurunan berbanding tempoh yang sama tahun lalu, pada kadar 29.9% iaitu sekitar 5,964 unit kenderaan terjual.
Penurunan ini didorong ppewaran yang tidak dapat dipenuhi berikutan keadaan semasa. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata Januari adalah bulan yang sukar bagi industri automotif Malaysia.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dilihat telah merencatkan sedikit momentum operasi Proton.
Bagaimanapun, pihaknya memahami situasi itu melibatkan kesejahteraan rakyat negara. Oleh itu, segala perkara yang perlu ditanggung oleh operasi wajar dilakukan bagi memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.
Menerusi tindakan ini, ia berupaya memulihkan semula pasaran pertumbuhan ekonomi negara. Setakat ini permintaan pasaran industri automotif masih lagi pada paras yang baik dan tiada pengurangan tempahan yang berlaku. Tindakan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan turut membantu pasaran automotif negara.
Tindakan pelaksanaan PKP juga tidak menghentikan rancangan Proton untuk melaksanakan pelan mereka pada tahun 2021 ini.