Artikel

Lebih RM1 Bilion Diperuntukan Untuk Membina Unit Kediaman Kumpulan B40, M40 – KPKT

Kini lebih RM1 bilion diperuntukkan untuk membina rumah kepada kumplan B40 dan M40 pada tahun ini melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu jelas menunjukan kerajaan menyedari kesulitan yang dialami rakyat negara.

Menurut Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin setakat ini, sejumlah RM500 juta telah disalurkan untuk membina 14,000 unit PPR, RM315 juta untuk 3,000 unit RMR dan RM310 juta untuk membina unit PPAM tahun ini.

Sementara itu, RM125 juta pula diperuntukan untuk pemeliharaan perumahan unit kos rendah dan sederhana berstrata, serta bantuan untuk memperbaiki kerosakan rumah akibat bencana alam telah diberikan.